Ceramah Khas Harta Pusaka

Banner-Harta-Pusaka

Posted in Ceramah by wmz. No Comments

Kursus Pengurusan Jenazah

FotoKursusJenazah

Ahad, 10 Mei 2015 – Alhamdulillah Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra dan Delphina (PKKTSMD) dengan kerjasama Surau Al-‘Izzah dan KRT TSAF1 berjaya menarik penyertaan 170 peserta. Lebih 30% peserta adalah di kalangan generasi muda. Kursus separuh hari ini dikendalikan dengan baik sekali oleh Ustaz Mohd Nazar Ibrahim dari Masjid HKL. Pengalaman menguruskan jenazah hampir setiap hari banyak membantu penyampaian beliau. Beberapa maklumbalas positif diterima oleh penganjur daripada peserta belia selepas selesai kursus.

Hasil kursus dan perbincangan dengan ustaz Mohd Nazar, beberapa tindakan susulan akan dilaksanakan oleh PKKTSMD iaitu:

1. Menyiapkan SOP Pengurusan Jenazah
2. Melibatkan orang muda dalam pasukan pengurusan jenazah
3. Mengadakan kursus solat untuk orang sakit
4. Memantapkan lagi pasukan pengurusan jenazah dengan menyertai beberapa kursus pengurusan jenazah selepas ini.

Pihak penganjur mengucapkan jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Semoha Allah memberkati usaha ini.

Posted in Ceramah by wmz. No Comments

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

KursusPengurusanJenazahWeb

Posted in Ceramah by wmz. No Comments

Seminar Menangani Stres Dalam Rumah Tangga

BackdropSeminar2

Gombak, 4 Mei 2014 – Lebih 100 orang telah menghadiri Seminar Menangani Stres Dalam Rumah Tangga anjuran bersama Surau Al-‘Izzah dan KRT Taman Samudera A Fasa 1 di Experimental Hall UIAM Gombak. Seminar satu hari ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIA Assoc Prof Dr Fatimah Abdullah. Rata-rata peserta melahirkan rasa gembira dan beruntung dapat menghadiri seminar ini kerana mendapat input serta ilmu yang sangat bermanfaat daripada barisan pembentang dan panelis yang terkenal dan berkepakaran dalam bidang masing-masing iaitu Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pak Utih (Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar), Prof Madya Dr Nur Hidayah Hashim, Ustazah Zawiah Hassan dan Hj Mahdzir Md Isa.

Pada akhir seminar, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor Tn Hj Abdul Halim Omar telah menyampai sijil penyertaan kepada para peserta seminar selepas memberi ucapan penutup. Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada para penaja yang menjadi rakan kerjasama dalam penganjuran seminar ini iaitu Masjid SHAS, Pertubuhan IKRAM Daerah Batu, Irshad HR Consulting Sdn Bhd, Imedia Production, RNVSB, ACT Video Production dan GEMA. Slaid pembentang boleh dimuat turun di sini:

Foto-foto seminar boleh dilihat di FB Surau Al-‘Izzah www.facebook.com/surau.alizzah atau klik foto di bawah.

FB-SeminarStress

Posted in Ceramah by wmz. No Comments

Hari Amal

HARI-AMAL

Posted in Ceramah by wmz. No Comments

Golf Amal Surau Al-‘Izzah (GAZA’14)

Brosur-+-Borang-Penyertaan-Golf-Amal_Page_1       Brosur-+-Borang-Penyertaan-Golf-Amal-Page_2

 

Posted in Ceramah by wmz. No Comments

Seminar Menangani Stres Dalam Rumah Tangga


Seminar-Outline

Kami mengajak anda menyertai seminar ini yang insyaAllah akan membekalkan peserta kemahiran-kemahiran berikut:

  1. Menangani STRES dalam pengurusan rumah tangga
  2. Menangani STRES memahami perbezaan kehendak dan keperluan pasangan anda
  3. Menangani STRES dalam pengurusan kewangan keluarga
  4. Menangani STRES untuk mengimbangi antara kerjaya dan tanggung jawab dalam rumah tangga Read the rest of Seminar Menangani Stres Dalam Rumah Tangga »
Posted in Pengumuman by wmz. No Comments

Pembangunan Surau Al-‘Izzah

Brosur Sumbangan_Page_1       Brosur Sumbangan_Page_2

Salah satu usaha untuk mengumpul dana bagi pembangunan menaik taraf Surau Al-‘Izzah Fasa 3 ialah penjualan Sijil Waqaf bernilai RM10, RM50 dan RM100. Sijil waqaf ini boleh dibeli melalui JK Pembangunan Surau Al-‘Izzah atau wakil-wakil yang dilantik di kalangan ahli kariah. Borang sumbangan untuk pembangunan surau Al-‘Izzah sila klik di sini (Borang Sumbangan Pembangunan Surau Al-‘Izzah).

Posted in Ceramah by wmz. No Comments

Waqaf Pembangunan Surau Al-‘Izzah

Pelan-Surau1Pelan-Surau2Pelan-Surau3

Maklumat lanjut mengenai projek menaiktaraf Surau Al-‘Izzah sila klik di sini.

Posted in Pengumuman by wmz. No Comments

SUNATHON 2013

Assalamualaikum,

InsyaAllah, sempena cuti persekolahan hujung tahun ini, Surau Al-‘Izzah di bawah Biro Kebajikan dan Biro Remaja dengan kerjasama KRT Taman Samudera A Fasa 1 dan IKRAM Daerah Batu sekali lagi akan menganjurkan program Sunathon (Berkhitan Beramai-ramai) pada 17 November 2013 di Surau Al-‘Izzah Taman Samudera. Program ini adalah sebahagian daripada sambutan Maal Hijrah 1435H Surau Al-‘Izzah.

Penyertaan terhad kepada 15 orang sahaja. Maklumat program dan borang penyertaan seperti sila klik:

Foto sunathon sebelum ini boleh dilihat di:

Wassalam.

Wan Mohd Zukri CMZ
Koordinator Program

Posted in Pengumuman by wmz. No Comments