Berita

Mesyuarat Agung Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra & Delphina

Posted by on March 2, 2013 at 12:19 pm

Lain-lain foto boleh klik di sini Mesyuarat Agung Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra Delphina selamat diadakan pada hari Sabtu 23 Feb 2013 yang lepas. 2 perkara penting yang telah dibuat dalam meyuarat kali ini ialah pemilihan AJK PKKTSMD bagi Sesi 2013/2014 (lihat senarai di bawah) dan meluluskan dua usul iaitu: Usul Kenaikan bantuan kematian […]

HK2012 TSAF1

Posted by on December 26, 2012 at 12:54 am

Janda Baik, 25 Dis 2012 – Alhamdulillah, hampir 150 orang menyertai Hari Keluarga 2012 Taman Samudra A Fasa 1 anjuran bersama Surau Al-‘Izzah dan KRT TSAF1 di Teratak Tuk-Tuk Kg Sum-Sum Hilir Janda Baik. Satu penyertaan yang cukup memberangsangkan bagi program yang pertama kali diadakan dengan notis makluman yang singkat. Alhamdulillah, aktiviti yang dirancang dapat […]

Latihan pertama Jom Silat

Posted by on October 17, 2012 at 9:17 am

Sili klik di sini untuk melihat foto Assalamualaikum dan Salam Perpaduan, Pada hari Sabtu lepas kita telah menjayakan gotong-royong untuk persediaan tapak gelanggang silat. Alhamdullilah gelanggang silat telah tersedia dan misi gotong-royong berjaya, walaupun semasa itu hujan turun dengan lebat dan ianya rahmat kerana kerja mencuci kawasan tersebut dilakukan dengan lebih mudah. Hari Ahad 14 […]

Edaran Ramadhan

Posted by on July 17, 2012 at 9:11 am

Assalamualaikum, Alhamdulillah, terima kasih kepada semua ahli kariah yang telah menjayakan Gotong-royong dan Ziarah dari rumah ke rumah pada 14 Julai yang lepas. Disertakan  softcopy bahan-bahan yang diedarkan semasa ziarah dari rumah ke rumah untuk perhatian bersama: Surat Pengerusi Kertaskerja Ihya Ramadhan 1433H Brosur Ihya Ramadhan 1433H ms 1 Brosur Ihya Ramadhan 1433H ms 2 […]

Gotong-Royong 29 April

Posted by on April 30, 2012 at 10:57 pm

Assalamualaikum, Alhamdulillah, Gotong-Royong Surau Al-‘Izzah pada 29 April 2012 berjalan dengan lancar. Semua kerja yang dirancangkan berjaya dilaksanakan. Antara kerja utama yang dilakukan ialah pemindahan khemah sementara di sisi kiri surau ke sebelah ruang solat wanita agar tidak mengganggu projek menaiktaraf surau yang sedang berjalan sekarang. Ketika kerja pemindahan sedang dilakukan, seekor anak ular sawa […]

Progress Projek Menaiktaraf

Posted by on April 14, 2012 at 3:52 pm

Assalamualaikum, Tuan/puan yang dirahmati Allah SWT, Berikut adalah beberapa perkembangan semasa Pembangunan Menaiktaraf dan Tabung Surau Al-‘Izzah. 1.  Progress Projek Menaiktaraf Kerja-kerja menaiktaraf Surau Al-‘Izzah Fasa 1 sedang berjalan dan genap sebulan pada hari Ahad (15 April 2012) ini. Foto progress pembangunan yang diambil pada pagi 14 April 2012 seperti di bawah. Kita juga telah […]

Perkembangan Projek Menaiktaraf & Sijil Waqaf

Posted by on March 8, 2012 at 10:28 am

Assalamualaikum, Tuan/puan yang dirahmati Allah SWT, Perkembangan Projek Pembangunan Menaiktaraf Surau Al-‘Izzah Selepas sesi briefing dengan 3 kontraktor yang berminat dan mereka diberi tempoh selama 2 minggu untuk mengemukakan sebutharga, hanya satu kontraktor sahaja yang menghantar sebutharga sebelum tarikh tutup pada 14 Februari yang lepas. Mesyuarat JK Pembangunan dan Tabung pada 1 Mac telah bersetuju […]

AJK PKKTSMD 2012/2013

Posted by on March 5, 2012 at 1:43 am

Assalamualaikum, Alhamdulillah, dengan izin Allah serta sokongan dan kerjasama semua Mesy Agung PKKTSMD pada 3 Mac 2012 berjaya diadakan dengan baik sekali. Saya ingin merakamkan ucapan jazakumullahu khairan kathira kepada: Semua ahli yang hadir dan berjaya melebihi korum 42 orang Semua pemerhati, kebanyakan di kalangan ahli kariah wanita Pengerusi mesyuarat merangkap pengerusi pemilihan En Rahim […]

Ceramah Fiqh Wanita Bersiri

Posted by on February 23, 2012 at 1:27 am

Ceramah Fiqh Wanita bersiri pada setiap hari Sabtu minggu pertama setiap bulan akan bermula pada 3 Mac 2012 ini di Surau Al-‘Izzah. Ceramah anjuran Helwa ini akan disampaikan oleh Ustazah Zaimah bt Yaha dari Pusat Pendidikan Al-Amin. Semua ahli kariah wanita dijemput hadir.

Bank Pembangunan Serah RM30K

Posted by on February 15, 2012 at 1:15 am

14 Feb 2012 – Majlis serahan sumbangan sebanyak RM30K daripada Bank Pembangunan untuk Tabung Pembangunan Surau Al-‘Izzah berjalan lancar. Serahan dibuat oleh En Mohamad Zaihan Mohamed Ariffin, Penolong Timbalan Presiden Komunikasi Korporat Kumpulan, Bank Pembangunan dan diterima oleh Tn Hj Desa Ali, Pengerusi Surau Al-‘Izzah. En Mohamad Zaihan diringi oleh 2 orang pegawai Bank Pembangunan. […]