Majlis Perasmian Ihya’ Ramadhan dan Ceramah Menangani Stress

Assalamualaikum wm wbt,

Tuan/puan yang dihormati,

Alhamdulillah, hari ini kita telah memasuki hari ke-4 bulan Syaaban. Ramadhan yang kita semua rindui makin dekat menghampiri kita. Doakan kita dipanjangkan umur oleh Allah SWT agar dapat bersama lagi dalam Ramadhan tahun ini. Seperti juga pada tahun lepas, Ramadhan tahun ini akan disambut dengan pelbagai aktiviti yang disusun oleh pihak surau dalam program yang komprehensif iaitu “Ihya’ Ramadhan Surau Al-’Izzah 1432H”. Tunggu brosur program yang akan diedar kepada semua ahli kariah.

Minggu depan, alhamdulillah surau kita akan mengadakan 2 program besar iaitu; Majlis Perasmian dan Pelancaran Ihya’ Ramadhan 1432H yang terkandung juga di dalamnya Ceramah Khas “Ramadhan… Ketibaaanmu dinantikan” oleh Al-Fadhil Ustaz Imran Al-Yamani pada 12 Julai 2011 (Selasa). Program kedua ialah Ceramah Kekeluargaan “Menangani Stress” bersama penceramah terkenal Pak Utih pada 17 Julai 2011 (Ahad).

Sama-sama kita sertai program ilmu ini.

Biodata Pak Utih boleh dilihat di:

  1. Di sini
  2. Dan di sini
    

Wassalam.

Wan Mohd Zukri
SU Surau Al-’Izzah

Posted in Pengumuman by wmz. No Comments

Hapuskan Aedes, Cegah Denggi

Posted in Pengumuman by wmz. No Comments

Gotong-royong Perdana

Assalamualaikum wm wbt,

Tuan/Puan yang dihormati,

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, wabak denggi yang berlaku di kawasan taman kita agak membimbangkan.

Sehubungan dengan itu, KRT dengan kerjasama Surau Al-’Izzah mengambil inisiatif menganjurkan program Gotong-Royong Perdana pada 2 Julai 2011 (Sabtu) jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh (lihat banner di atas). Sama-samalah kita menjayakan program ini dan sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah masing-masing.

Wassalam.

Wan Mohd Zukri C M Zin
SU Surau

Posted in Pengumuman by wmz. No Comments

Doa agar hindar mudarat

Kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi di kejiranan kita merisaukan kita semua. Jangan lupa Jadikanlah doa sebagai senjata kita. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. untuk dibaca pada waktu pagi dan petang agar terhindar daripada segala kemudaratan sepanjang hari berkenaan ialah seperti di bawah. Doa ini juga terkandung dalam doa al-Ma’thurat.

Baca selanjutnya mengenai doa ini di darulsyifa

Posted in Pengumuman by wmz. No Comments

Kejadian Jenayah di Kawasan Kita

HEBAHAN KRT TAMAN SAMUDERA A FASA 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Taman Samudra 19 Jun 2011 – Penduduk-penduduk hendak lah sentiasa berwaspada dengan keselamatan diri, keluarga dan harta benda kerana penigkatan kejadian jenayah di sekitar kejiranan ini. Sarjan Guru Ketua Balai Batu Caves menasihatkan semua penduduk hendaklah sentiasa peka dan jika terdapat orang luar atau kenderaan yang mencurigakan sila hubungi Balai Polis 03-61852222. Disenaraikan kejadian-kejadian jenayah yang berlaku dari 06 Jun 2011 hingga 18 Jun 2011:

1. Curi dalam Bangunan

  • No 827 Jln Samudra Batu Caves
  • No 424 Blok G Apt Casmaria

2. Curi

  • No 29 Jln 3 Tmn Bt Caves

3. Rogol (Bangladesh)

  • No 50-2A Jln SBC 3 Tmn Sri Bt Caves

4. Pecah Kedai

  • No 70-72 SBC 8 Tmn Sri Bt Caves

5. Hilang Kenderaan

  • A-1-11 Jln SM 1 Bt Caves (motosikal)
  • Luar Giant Batu Caves (motokar)

6. Samun Berkawan Bersenjata

  • Tmn Sri Selayang Bt Caves

7. Pemerasan

  • Semua Hotel Baget Kawasan Bt Caves

8. Ragut

  • No 23 Jln SBC 5 Batu Caves
  • Depan Apt Casmaria

9. PecahRumah

  • No 143 Jalan SS7 Tmn Samudra
  • No 991 Jalan SS Taman Samudra

10. Tingkap Bilik Air Terbuka dan grill tercabut

  • No 415 Jln ST4 Tmn Samudra
  • No 409 Jln ST4 Tmn Samudra

Dengan Izin – senarai ini disalin semula dari senarai yang dikeluarkan oleh Balai Polis Batu Caves. Harap Maklum

Salam Hormat,
Shamsuri Bin Md Said
SU KRTTSAF1

Posted in Pengumuman by wmz. No Comments

Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim At-Taqwa

YDP PAYM Dr Idris (no 4 dari kiri) menerima sumbangan daripada Pengerusi Surau Al-'Izzah Tn Hj Desa Ali (kanan sekali) bersama wakil Surau Al-'Izzah dari kiri, Cikgu Abdul Aziz, En Zabarani dan En Wan Mohd Zukri.

Assalamualaikum wm wbt,

Alhamdulillah Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Rumah Anak Yatim At-Taqwa Hulu Langat daripada Surau Al-’Izzah telah diadakan pada 14 Jun 2011 di pejabat sementara mereka di Pusat Latihan YADIM di Sungai Semungkis Hulu Langat. Anak-anak yatim juga ditempatkan di Pusat Latihan ini sehingga bangunan baru mereka siap.

YDP Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Dr Idris Musa yang mewakili Rumah Anak Yatim At-Taqwa menerima sumbangan sebanyak RM4,530.00 daripada Pengerusi Surau Al-’Izzah Tn Hj Desa Ali. Turut serta dalam majlis ini ialah SU Surau En Wan Mohd Zukri, Ketua Biro Kebajikan Surau En Zabarani Hashim dan Cikgu Abdul Aziz.

Sebelum majlis penyerahan, Dr Idris menceritakan sedikit latar belakang Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah  At-Taqwa ini yang diasaskan oleh beliau bersama beberapa orang rakan pada tahun 1997 dengan 4 orang anak yatim sahaja waktu itu. Bilangan anak yatim dan anak hidayah ini bertambah sehingga 49 orang sebelum kejadian tanah runtuh yang lepas. Sehingga kini, mereka masih lagi mencari tanah yang sesuai untuk membangunkan semula rumah anak yatim dan anak hidayah ini di kawasan Hulu Langat kerana anak-anak ini belajar di sekolah-sekolah kawasan berkenaan.

Pihak Surau Al-’Izzah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang menyalurkan sumbangan melalui Tanbung Rumah Anak Yatim ini yang diusahakan oleh Surau Al-’Izzah. Walaupun serahan telah dibuat, pihak Surau Al-’Izzah masih membuka tabung ini untuk menerima sumbangan daripada orang ramai. Penyerahan seterusnya akan dibuat secara berkala.

Wassalam.

Wan Mohd Zukri
SU Surau Al-’Izzah

Surat Ucapan Takziah dan Serahan Sumbangan daripada Surau Al-'Izzah

ssss


Posted in Berita by wmz. No Comments

Program Sepetang Bersama Atok Berjaya!

Assalamualaikum,

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, PSU Tn Hj Isa, Wakil Pemuda En Tauhid, Pn Hajjah Siti Hadejah dari Helwa (sumbangan Makanan), Pn Azlinda dari Jiran Wanita KRT (sumbangan makanan) dan tidak lupa buat semua AJK surau yang banyak menyokong program ini.

Program ini dihadiri lebih kurang 50 orang 23 belia dan remaja selebihnya adalah ibu bapa yang turut serta meraikannya. Berlangsung dari 4.50 petang sehingga 6.25 petang.

Alhamdullilah, begitu bersemangat Atok kita Cikgu Abd Aziz Mohd Yusof (43, SS10) memberi dan mencurahkan ilmu hingga dari berdiri dia duduk dan tak puas itu ia berbaring untuk mewariskan senaman purba yang diamalkannya. Terhibur hati dan jauh disudut hati saya rasa terharu dan berlinangan air mata kerana kesungguhan dan komitmen beliau. Sila lihat foto di atas dan juga di sini.

Majlis ini mungkin ada cacat celanya, saya susun sepuluh jari mohon maaf daripada semua jika ada yang buruk atas kelemahan saya dan jika ada yang baik itu adalah rahmat Allah jua.

Salam hormat,
Shamsuri Md Said

Biro Remaja dan Belia Surau.

Posted in Berita by wmz. No Comments

Program Sepetang Bersama Atok

Biro Remaja dan Belia Surau Al-’Izzah dengan sukacitanya menjemput semua remaja dan belia kariah Surau Al-’Izzah menghadiri program “SEPETANG BERSAMA ATOK” pada hari Sabtu 11 Jun (maklumat terperinci seperti di bawah).

Program SEPETANG BERSAMA ATOK satu pendekatan untuk remaja dan belia berkonsepkan “Be Seen Be Heard” di musim cuti sekolah. Pendekatan santai melalui belaian rohani bertujuan mendekatkan remaja dan belia dengan surau, warga emas dan ahli surau supaya mereka rasa diterima dan didengar.

Tarikh : 11 Jun 2011
Masa  : 4.00 – 6.00 petang
Atok : Cikgu Aziz (Tuan Haji Aziz)
Tempat : Surau-Al-’Izzah
Menu : BBQ
………………………………………….

Aturcara:

02.00 ptg Penyediaan BBQ
04.00 ptg Kehadiran Remaja dan Belia – Beramah-mesra dan Solar Asar
05.00 ptg Sesi Khas Bersama Atok
05.45 ptg Jamuan dan Bersurai

Maklumat lanjut hubungi En Shamsuri 019-2133005

Jom hadir beramai-ramai!

Posted in Pengumuman by wmz. No Comments

Sunathon di Surau Al-’Izzah

Peserta Sunathon bersama Pengerusi Surau Al-'Izzah, Dr Shamsudin dan keluarga selepas majlis perasmian

TAMAN SAMUDERA, 5 JUN 2011 – Program Sunathon (berkhitan beramai-ramai) anjuran bersama Biro Kebajikan Surau Al-’Izzah dan IKRAM Daerah Batu yang julung kali diadakan ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 6 orang peserta di kalangan anak-anak ahli kariah dan juga dari kawasan yang berdekatan. Dua orang doktor aktivis IKRAM telah dijemput sebagai “Tok Mudim” iaitu Dr Shamsudin Kamaruzaman dan Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta.

Selepas mendaftar dan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak surau, program dimulai dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi Surau Al-’Izzah Tuan Hj Desa bin Ali dan ucapan ringkas oleh Dr Shamsudin Kamaruzaman. Dalam ucapan perasmiannya pengerusi Surau Al-’Izzah mengimbau kembali suasana “bersunat” zaman dahulu yang jauh berbeza dengan zaman sekarang. Beliau mengharapkan agar program sunathon ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan ahli kariah.

Sebelum “disunatkan” para peserta diberi cenderahati sumbangan daripada Surau Al-’Izzah. Semasa disunatkan oleh doktor, anak-anak diminta membaca surah-surah lazim yang dihafal serta berzikir. Alhamdulillah selain ibu bapa mereka, ramai AJK dan ahli kariah Surau Al-’Izzah yang membantu doktor dan bersama-sama memberi semangat dan mententeramkan anak-anak ini. Pastinya suasana begini tidak berlaku apabila dilakukan secara bersendirian di klinik atau hospital.

Semoga program yang julung kali diadakan ini dapat  menyemarakkan  kembali suasana bersunat beramai-ramai yang sekian lama menjadi tradisi  masyarakat Islam di kampung-kampung suatu ketika dahulu.

Tahniah kepada anak-anak yang menyertai program ini. Terimakasih kepada ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada pihak penganjur, Dr Shamsudin dan Dr Munawar yang memberikan khidmat terbaik mereka, AJK Surau dan Helwa yang membantu dari awal hingga akhir dan juga kepada para dermawan yang membantu menjayakan program ini

Syabas kepada Biro Kebajikan Surau Al-’Izzah yang berjaya menguruskan program ini dengan baik. InsyaAllah program Sunathon Surau Al-’Izzah akan diadakan lagi pada 4 Disember 2011.

Foto boleh dilihat di sini.

Posted in Berita by wmz. No Comments

7 Peserta Sunathon Bakal Melakar Sejarah!

Assalamualaikum wm wbt,

Tuan/puan ahli kariah yang dihormati,

Selepas jamuan makan di rumah En Zainal Arif seusai solat isyak tadi, Biro Kebajikan yang diketuai oleh En Zabarani telah mengadakan mesyuarat ringkas sebagai persiapan terakhir program Sunathon pada 5 Jun 2011 (Ahad) nanti. Turut hadir Pengerusi dan SU Surau serta Pengerusi Helwa dan beberapa orang AJK Helwa. Pada akhir mesyuarat, Dr Shamsuddin yang akan mengendalikan Sunathon juga hadir untuk melihat tempat dan memaklumkan beberapa persediaan dari segi peralatan dan pembantu yang diperlukan. Pada hari berkenaan, Dr Munawar M Hatta juga telah mengesahkan untuk hadir membantu.

Alhamdulillah, seramai 7 peserta yang mendaftar bakal melakar sejarah sebagai perintis program Sunathon Surau Al-’Izzah! Selain diraikan dengan jamuan sarapan pagi yang istimewa bersama keluarga sebelum acara sunathon bermula, para peserta juga akan menerima cenderahati dan sijil penyertaan daripada Surau Al-’Izzah. Pihak penganjur menggalakkan ibu bapa, adik-beradik dan keluarga terdekat peserta hadir bagi memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak ini.

Semoga program yang julung kali diadakan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia ada di kalangan ahli kariah, menyemarakkan kembali suasana bersunat beramai-ramai yang sekian lama menjadi tradisi masyarakat Islam di kampung-kampung suatu ketika dahulu serta menyuntik semangat keberanian di kalangan para peserta.

Tahniah kepada Biro Kebajikan Surau Al-’Izzah yang bertungkus-lumus membuat peserdiaan dan promosi bagi menjayakan program ini. Sama-sama kita doakan agar ianya berjalan dengan jayanya dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Wassalam.

Abu Syamil
Penyelaras Program

Posted in Berita by wmz. No Comments